Kelas STEM – Rubber Band Propeller Plan dan Easy Spinner

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Rubber Band Propeller Plan. Para peserta menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina Rubber Band Propeller Plan menggunakan bahan yang telah disediakan seperti cawan kertas, propeller, kertas warna, gam dan getah. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Seterusnya, selepas selesai sesi pertama, kelas STEM diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu memperkenalkan para peserta dengan aktiviti STEM – Easy Spinner. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah penutup botol, straw dan batang lidi.

Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina Rubber Band Propeller Plan dan Easy Spinner yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali